assalamualaikum u ols...
Da lama tak update blog yg kian usang ni kan...kan...kan.
Tibatiba la rasa nak share something ngan korg. Haa sebelum tu nak
ingatkan korg yang keje swasta tu la yer korg HARUS check tau sama ada KWSP
korg dicarum/dibayar oleh majikan korg or tak okey....Yer jangan rasa
pelik lak kenapa tibatiba saya menigatkan anda begitu kerana ianya telah
terjadi pada diriku sendiri yer. Okok gini critanya.....................
satu hari tu saya tergerak hati nak g check KWSP/EPF saya di RHB
Easy dan staff RHB Easy tanya saya
Staff RHB Easy : u sekarang kerja ke?sebab u dah tak ada no
majikan woo.
Saya
: (muka terkeju)t saya kerja lagi la sekarang, dengan company
lama lagi..mana bley takde no majikan.. (huhuhuhu)
Staff RHB Easy : Yela, no majikan dh takde..tengok ni no majikan
00000000 maknanya dah takde majikan yang carum.
Saya
: ok,thanks yer (berlalu pulang dengan hampa+bengang)...
(masa tu saya pergi besama kawan saya yang kerja di company yang
sama dengan saya dan dia pon sama jugak) <----- kami hampa
Akibat tak puas hati sy double check plak ngan
kwsp untuk dapatkan kepastian yang lagi sahih dan benar,hahaha (opppsss).... dan jawapanya sama jugak,staff kwsp
siap gtau lg yang bos ktorg tu memang bermasalah dlm wat pembayaran...
Sedih bila dapat tau yang last caruman bulan September
2011...bayangkan dah 8 bulan takde caruman dr pihak majikan walhal dalam
payslip kwsp tolak...sungguh kijam kan!!!!!
So..kpd anda semua terutamanya yang kerja swasta tu sila la check
yer kwsp anda tu..mana la tau jd bnda sama gak...kalo tak nak gi kwsp/epf pon
takpe..korg gi je kat kiosk RHB Easy. Skang ni dah banyak da kiosk RHB Easy,kat
mall mesti ada..
DAN kalo nak buat aduan/report korg mesti ada PAYSLIP pastu pegi
kwsp isi borang kat sana,nanti staff kwsp akan bgtau korg la cmner prosedur
tu...
Apa perlu bawak kalo nak check kwsp :
1.
bawak diri sendiri (penting sbb nanti nak thumb print ibu jari
korg)
2.
kad pengenalan (ic korg ler)
nanti staff RHB Easy akan printkan penyata kwsp korg tu...F.O.C
jerrrr ^.^
okey la...harap info ni sedikit berguna untuk korg
tenkiuu ^.^
*contoh kiosk RHB
Easy*