Saja nak share cerita bulan May haritu kami jenjalan ke Bandung. Rasa macam happy sebab dari mula sampai akhir semua buat sendiri..Meh nak share apa saya plan kan dari mula
1 - Tiket flight
kalau masa promosi mesti dapat harga murah dan sangat berbaloi.
*Survey tiket flight dulu,if murah terus beli tau. Jangan tangguh sebab nanti kalo dah selalu bukak website tu harga akan naik :)
*Kami pilih Airasia*
Seorang RM191 exclude baggage (bagi kami harga masa ni ok la)
2 - Hotel
Mesti cari hotel yang senang ekses nk kemana-mana. Kena selalu bukak website dan tengok location hotel tu ok ke tak. Tapi ikut tujuan memasing la pegi sana untuk apa, Bagi sesetengah orang pegi sana hanya untuk shopping so tak kesah kalo duduk hotel biasa-biasa je. Ni link untuk booking hotel memana yang korang rasa berpatutan
http://www.booking.com/
http://www.agoda.com/
http://www.expedia.com.my/
*Zodiak Hotel Kebun Kawong*
- Hotel ni baru bukak so service dia ok cuma menu breakfast tak banyak sangat,tapi kami suka hotel ni sebab sangat convenience untuk orang Islam sebab nya staff nya ramai Islam dan tak mencurigakan. Masa menginap kat hotel ni kami jumpa sorang pakcik dari Malaysia jugak dan dia kata dah beberapa kali datang mesti pilih hotel zodiak sebab dia yakin yang hotel ni memang tak served benda peliks.
* Sorry lupa berapa harga untuk semalam
3 - Supir (Pemandu pelancong)
Sangat di rekomen kepada sesiapa yang first time ke sana sebab kalo tak biasa kot nya kena tipu, dah jadi kat seorang pelancong Malaysia yang kita orang jumpa kat Pasar Baru, kata mereka nk ke KFC yang sangat dekat tapi Taxi bawak pusing jalan jauh then charge diorang dengan harga mahal....ish3 kesian
* Kami booking online kat facebook,nama agency supir tu Hayuka Bandoeng,servis dorang bagus,tapi korang akan bertuah kalo dapat supir yang sporting dan suka bercerita ^.^
Kalo korang dah ada tempat tujuan boleh la bgtau supir tapi kalo tak tahu nk ke mana jangan risau sebab supir akan tolong bawak korang ke tempat menarik sesuai untuk pelancong pegi...hihihi
* Kami pergi 4 orang selama 5d/4n so sorang dalam RM85 (depends berapa orang korang pegi nanti,makin ramai makin murah la)
4 - Tukar duit siapsiap yer sebab kat sana dorang akan charge korang mahal ckit compare dari Malaysia. *Ikut kadar semasa la yer*
* RM285 = Rp1 Juta (Kayakaya...hihihihi)
5 - Table Currency
Untuk memudahkan keje korang untuk shopping kat sana la kan,korang sediakan lah siapsiap table untuk korang buat perbandingan harga antara duit Rm dan Rp..kang xpasal harga Rm lagi mahal dari Rp..kekadang kita rasa dah murah padahal bila tengok balik beza nya sikit sangat dan mungkin bila tukar harga barang tak berbaloi dalam Rm kita. So hatihati
Itu saja.....
SELAMAT BERCUTI............LUASKAN PEMANDANGANMU